Pengenalan

 

Latar Belakang

 

Yayasan Sultan Iskandar Johor telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 2984. Yayasan ini adalah sebuah syarikat berhad bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA (“Memorandum of Association”). DYMM Sultan Iskandar telah menitahkan supaya Yayasan menggunakan kesemua keuntungan dan pendapatannya untuk menganjurkan tujuan-tujuan khairat. Yayasan juga dilarang oleh perlembagaannya daripada membayar sebarang dividen kepada ahli-ahlinya. Yayasan dikehendaki membelanjakan sebahagian daripada pendapatannya setiap tahun bagi tujuan-tujuan khairat dan kebajikan.

 

 

Misi & Wawasan Korporat

 

BERUSAHA untuk:

 

  • menjadi pemimpin dalam kerja-kerja sukarela.

 

  • memain peranan dalam bidang pendidikan saintifik dan kebajikan.

 

  • menjadi lebih peka terjadap golongan yang tertindas, tidak mampu dan menjadi mangsa.

 

 

Objektif

 

Objektif Yayasan yang utama adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:

 

  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh system pendidikan di Malaysia.

  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.

  3. Penganugerahan biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepasan ijazah.

  4. Meringankan beban si miskin dan yang terdesak oleh umur, keuzuran, kurang bernasib baik, tidak terdaya menjaga diri dan tanggungan khasnya balu-balu dan anak-anak yatim.

  5. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.

  6. Membantu mangsa kebakaran, banjir, kebuluran, takdir tuhan atau lain-lain bencana.

  7. Meringankan kesengsaraan seterusnya meningkatkan taraf hidup manusia dengan memerangi, merawat dan melindungi daripada kesakitan atau keuzuran mahupun penyakit melalui peruntukan perubatan, kemudahan pembedahan dan perkhidmatan.

  8. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.

  9. Memberi, membangun dan meningkatkan semua jenis sukan tetapi tidak terhad kepada memberi padang permainan, kawasan rekreasi dan kemudahan sukan untuk orang awam semata-mata.

 

© 2023 by Women PWR. Proudly created with Wix.comTerms of Use  |   Privacy Policy

Yayasan Sultan Iskandar Johor

Rumah Johor, JKR 1255

Jalan Carruthers

Bukit Tunku

50480 Kuala Lumpur

Email: ysij1984@gmail.com

Phone: 03-2697 0284