Permohonan Biasiswa
Biasiswa
​
-
Ijazah Pertama (UTM dan UTHM Sahaja)
Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Seni Bina dan Sains Komputer
Nilai Anugerah
Berjumlah RM11,000 setahun. Yuran pengajian akan ditanggung oleh Yayasan.
Syarat Kelayakan
-
Dilahirkan di Johor atau ibu/bapa anak negeri Johor.
2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU
Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat- pusat Matrikulasi; ATAU
Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas.
3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM/UTHM.
4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai dan UTHM. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang dinyatakan diiklan. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup: 21 Oktober 2025.
​
2. Lepasan Ijazah dan Kepakaran
Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Sains & Matematik.
Nilai Anugerah
Elaun biasiswa yang merangkumi keperluan sara hidup, yuran pengajian dan elaun tesis akan ditawarkan. Suatu jaminan akan dikenakan ke atas biasiswa ini di mana penerima dikehendaki berkhidmat selama 5 tahun dengan Jabatan Kerajaan atau Syarikat swasta dalam Malaysia.
Syarat Kelayakan
​
-
Berumur di bawah 40 tahun.
​
2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua atau PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana Muda.
​
3. Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat pengesahan daripada majikan.
​
4. Mesti mempunyai bukti keperluan kewangan.
​
5. Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.
​
6. Mesti bersedia menjalani pengajian sepenuh masa. Pelajar separuh masa tidak akan dipertimbangkan.
7. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana organisasi lain.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup: 10 Oktober 2025.