top of page

Derma

 

 

Permohonan Derma

 

 

Projek Literasi Komputer

 

Projek Literasi Komputer Yayasan di sekolah-sekolah menengah luar bandar di negeri Johor dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mencadangkan beberapa buah sekolah yang memerlukan bantuan kepada Yayasan. Pihak Yayasan yang akan memilih sekolah-sekolah yang bakal menerima bantuan komputer beserta jumlahnya.

 

Sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan komputer boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk dicalonkan sebagai penerima bantuan Projek Literasi Komputer Yayasan.

 

 

 

Mesin Dialisis

 

Yayasan menyumbang mesin-mesin dialisis kepada pusat-pusat dialisis di seluruh negeri Johor. Yayasan juga membantu menggantikan mesin-mesin dialisis lama yang telah diderma tetapi tidak boleh digunakan lagi, dengan mesin yang baru.

 

 

Pertubuhan Anak-Anak Yatim

 

Yayasan memberi derma kepada pertubuhan anak-anak yatim dari segi infrastruktur, peralatan, pendidikan dan sebagainya.

 

 

Bencana Alam

 

Yayasan menolong mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.

 

 

Pusat-pusat dialisis, pertubuhan-pertubuhan anak yatim dan mangsa-mangsa bencana alam yang memerlukan bantuan boleh menghantar surat permohonan rasmi yang dialamatkan kepada Pejabat Pentadbiran Yayasan.

bottom of page